CARTA ORGANISASI

Tuesday 1 September 2009

Kemajuan Negara Hasil Usaha Pemimpin Terbilang

31 Ogos 1957, suatu tarikh di mana menitisnya air mata, terungkapnya senyum kepuasan dan melahirkan rasa kepuasan kepada para penduduk Malaya ketika itu. Setelah sekian lama dijajah, tarikh inilah Malaya dibebaskan dari segalanya. Setelah sekian lama bermandi darah, tarikh inilah menyucikan mereka daripada warna merah darah. Setelah sekian lama penuh hiba dan takut, tarikh inilah memberi kepuasan kegembiraan kepada mereka semua.

Tarikh kemerdekaan Malaya merupakan suatu tarikh wajib yang harus diingati oleh setiap yang bergelar warganegara Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan. Tarikh ini merupakan suatu tarikh nostalgia dan kenangan sepanjang zaman yang seharusnya warganegara perlu sentiasa tidak alpa dan sentiasa menghayati setiap perjuangan yang telah dibuat oleh perjuang-perjuang negara untuk memastikan pada tarikh 31 Ogos 1957 itu, laungan MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! berkumandang di ruang maya Malaya ketika itu.

Bapa Kemerdekaan negara, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, seorang kaum kerabat Kesultanan Negeri Kedah telah dengan lantang dan bersemangat melaungkan kalimah MERDEKA di Stadium Merdeka pada tarikh tersebut. Ini secara tidak langsung telah memperlihatkan bahawa kemerdekaan negara kita penuh dengan kedaulatan dan kemuliaan, ditambah dengan jasa dan pengorbanan para perjuang kemerdekaan yang mengorbankan apa sahaja demi untuk memerdekakan negara.

Negara Malaysia kian hari kian bertambah maju dan berjaya. Setelah Almarhum Tunku tidak lagi bergelar Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku telah tidak teragak-agak untuk memberi jawatan tersebut kepada Tun Abdul Razak Hussein bagi bergelar Perdana Menteri Malaysia Kedua. Tun Razak telah menerima jawatan berat itu dengan penuh semangat kebangsaan kerana beliau tahu bukan mudah untuk negara ini mencapai 31 Ogos 1957 tersebut. Tun Razak telah memacu negara dengan menekankan atau mengutamakan rakyat jelata agar kemerdekaan negara akan terus terbela.

Setelah kematian mengejut Tun Razak di luar negara, kemerdekaan negara telah dibela dan dipelihara oleh Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri Malaysia Ketiga. Tun Hussein tahu bahawa hanya dengan perpaduan rakyatlah kemerdekaan sesebuah negara itu akan dapat kukuh dan terpelihara sampai bila-bila. Oleh yang demikian, Tun Hussein telah memacu Malaysia dengan menekankan konsep perpaduan antara kaum di Malaysia agar kemerdekaan negara yang dicapai dengan penuh kemegahan pada 31 Ogos 1957 tidak akan diperbodohkan oleh mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat menggantikan Tun Hussein. Tun Dr. Mahathir merupakan seorang negarawan Malaysia yang cukup dikagumi kawan dan lawan dari dalam dan luar negara kerana pemikiran dan strategi beliau dalam memacu negara tercinta. Tun Dr. Mahathir sedar bahawa kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bukan suatu perkara yang mudah untuk dikecapi, oleh itu Tun Dr. Mahathir telah menggagaskan Wawasan 2020 sebagai hala tuju Malaysia demi memelihara kemerdekaan dan kemakmuran negara. Selama 23 tahun bergelar Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir telah 'membina' Malaysia mengikut acuan sendiri dan telah 'membina' benteng-benteng kemerdekaan negara dari diceroboh oleh bangsa asing yang sudah semestinya kurang senang dengan kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia sehingga kini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri Malaysia Kelima yang banyak menumpukan kepada keterbukaan dan integriti di Malaysia. Tun Abdullah sedar bahawa dengan adanya keterbukaan yang baik di negara ini, sesebuah kemerdekaan negara itu boleh dikuatkan melalui rakyatnya yang diberi beberapa 'kuasa' dalam sistem demokrasi dan keterbukaan.

No comments:

Post a Comment